Wednesday 24 August 2016

PANTANG LARANG BAGI SETIAP KAUM

Pantang larang perkahwinan

a           A)     Orang melayu
Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi
satu budaya dalam masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang  jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa
pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
-         jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu.
-         pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik
-          Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin mengelakkan perut buncit.
-          Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

b                  B)    Orang cina

-          Bakal pengantin  tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis perkhawinan. 
-          Hiasan dalam majlis perkahwinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau.
-          Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik. 
-          Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkhawinan. Menurut keparcayaan orang cina, majlis perkahwinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkahwinan yang tidak sah.

c             C)     Orang india
Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan .
·         Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu.
·         semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikutserta kerana dianggap tidak sopan.




PANTANG LARANG SEMASA IBU MENGANDUNG

a             A)    orang melayu
Masyarakat melayu terkenal dengan pelbagai pantang larangnya. Begitu juga untuk mereka yang mengandung.
o   mereka yang mengandung di larang untuk mencaci atau mengumpat.
o   Dilarang untuk memaku atau memahat dan menggali lubang serta memukul binatang
o   Mereka juga dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau senja serta dilarang  untuk duduk di anak tangga dan juga di larang melihat gerhana bulan ataupun matahari.

b                  B)    orang cina
§  Dilarang makan daging arnab
            - Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir  arnab.
§  Dilarang makan daging anjing.
-Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa menyusui bayi.
§   Dilarang makan daging ayam jantan.
-Barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.
§  Dilarang makan ketam.
-Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liur.
§   Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk. seperti ais-krim,tembikai.
-Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.
§   Dilarang mengambil gunting atau penyepit kuku
-Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.

c              C)      orang india
          Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh
          seorang ibu yang mengandung.  
1.            Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam 
2.            Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.
3.            Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.
4.            Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang berat.
PANTANG LARANG SEMASA PERAYAAN

a)    Orang melayu
ü  Dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya. Selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.
ü   Memakai pakaian bersih,cantik dan juga wangi-wangian.
ü  Umat Islam yang kehilangan saudara mara akan menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin.
ü  Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka bermaaf-maafan dan melupakan kisah silam yang lampau.
ü  Memasang pelita di waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur.
ü  Pemberian wang kepada kanak-kanak oleh orang dewasa.

b)    Orang cina
Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini.Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman.Seperti dengan kaum-kaum lain,bangsa cina mempunyai beberapa pantang larang sempena perayaan Tahun Baru Cina.
v  orang Cina mempercayai bahawa mereka tidak boleh menyapu rumah pada hari  raya pertama kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan atau “ong” yang ada.

v  Selain itu, masyarakat Cina turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang digunakan pada hari sambutan itu telah pecah.Oleh itu, mereka akan pastikan sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerjarumah,

v  Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun Baru Cina.Antaranya ialah seperti perkataan mati,hantu ataupun cakap kotor amat dielakkan pada masa raya.Kaum cina mempercayai bahawa ini akan membawa buruk sepanjang tahun tersebut.

c)    Orang india
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November).
Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.

Ø  Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.

Ø  Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.

Ø  Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan oren. Mereka dilarang berpakai  pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.


Pendahuluan

Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman terdahulu berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pentingnya pantang larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah “biar mati anak, jangan mati adat.”

Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk kebaikan kaum itu sendiri seperti pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga semasa mengandung.Sebenarnya pantang larang yang diturunkan oleh nenek moyang mementingkan penjagaan kesihatan diri agar seseorang sentiasa sihat dan cergas.

Walaupun kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India mempunyai pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga mengandung tetapi pantang larang yang diamalkan oleh kaum-kaum adalah berbeza.Inilah menunjukkan Malaysia terdiri daripada kaum majmuk.














Tuesday 23 August 2016

Penghargaan


Bismillahirahmanirahim..

            Alhamdullilah,bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

            Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami, Puan Wan Ruswani binti Wan Abdullah kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

            Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus  ini.Mereka telah  memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini.

            Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami uterakan kepada mereka.

            Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.