Pantang
larang perkahwinan
a A) Orang melayu
Apabila telah ditetapkan
hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi
satu budaya dalam masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa
pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi
satu budaya dalam masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa
pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
-
jangan
keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan
tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu.
-
pasangan
dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang
mempunyai niat tidak baik
-
Jangan
makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin mengelakkan
perut buncit.
-
Pasangan
perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan
tidak berseri pada hari perkahwinan.
b B) Orang cina
-
Bakal
pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3
bulan sebelum dan selepas majlis perkhawinan.
-
Hiasan
dalam majlis perkahwinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih, biru tua,
hitam dan hijau.
-
Dalam
bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam
kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik.
-
Nombor
genap sering digunakan dalam majlis perkhawinan. Menurut keparcayaan orang
cina, majlis perkahwinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah
perkahwinan yang tidak sah.
c C) Orang india
Perkahwinan kaum india di malaysia
diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam ,eliyat tirumanam
dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut
oleh kaum india semasa perkahwinan .
·
Jika jamuan perkahwinan
dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para
tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana
agama hindu melarang makan daging lembu.
·
semasa merisik adalah
bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika
rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang
ikutserta kerana dianggap tidak sopan.
PANTANG
LARANG SEMASA IBU MENGANDUNG
a A) orang melayu
Masyarakat melayu terkenal
dengan pelbagai pantang larangnya. Begitu juga untuk mereka yang mengandung.
o mereka yang mengandung di
larang untuk mencaci atau mengumpat.
o Dilarang untuk memaku atau
memahat dan menggali lubang serta memukul binatang
o Mereka juga dilarang untuk
keluar rumah pada waktu petang atau senja serta dilarang untuk duduk di anak tangga dan juga di larang
melihat gerhana bulan ataupun matahari.
b B)
orang
cina
§ Dilarang makan daging arnab
- Jika memakani, bayi yang
dilahirkan akan mempunyai bibir arnab.
§ Dilarang makan daging
anjing.
-Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa menyusui bayi.
-Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa menyusui bayi.
§ Dilarang makan daging
ayam jantan.
-Barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.
-Barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.
§ Dilarang makan ketam.
-Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liur.
-Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liur.
§ Dilarang makan
makanan yang bersifat sejuk. seperti ais-krim,tembikai.
-Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.
-Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.
§ Dilarang mengambil
gunting atau penyepit kuku
-Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.
-Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.
c C) orang india
Bagi masyarakat India,terdapat
beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh
seorang ibu yang mengandung.
1.
Dilarang
keluar rumah berseorangan pada waktu malam
2.
Dilarang tidur
pada waktu siang atau tidur berlebihan.
3.
Dilarang
melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah,
bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.
4.
Dalam
tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada
melakukan kerja-kerja yang berat.
PANTANG
LARANG SEMASA PERAYAAN
a) Orang melayu
ü Dilarang membazir dan
berbelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya. Selaras dengan tuntutan agama
Islam itu sendiri.
ü Memakai pakaian
bersih,cantik dan juga wangi-wangian.
ü Umat Islam yang kehilangan
saudara mara akan menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah
atau bacaan surah Yasin.
ü Berkunjung ke rumah sanak
saudara dan rakan taulan. Mereka bermaaf-maafan dan melupakan kisah silam yang
lampau.
ü Memasang pelita di waktu
malam untuk menyambut malam tujuh likur.
ü Pemberian wang kepada
kanak-kanak oleh orang dewasa.
b) Orang cina
Walaupun kehidupan kini yang serba moden,
adat resam ini masih dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini.Malah,
kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya
ia dapat dipertahankan sepanjang zaman.Seperti dengan kaum-kaum lain,bangsa
cina mempunyai beberapa pantang larang sempena perayaan Tahun Baru Cina.
v orang Cina mempercayai
bahawa mereka tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana
menganggap ia boleh membuang segala keuntungan atau “ong” yang ada.
v Selain itu, masyarakat Cina
turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang
digunakan pada hari sambutan itu telah pecah.Oleh itu, mereka
akan pastikan sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerjarumah,
v Perkataan yang tidak sopan
dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun Baru Cina.Antaranya
ialah seperti perkataan mati,hantu ataupun cakap kotor amat dielakkan pada masa
raya.Kaum cina mempercayai bahawa ini akan membawa buruk sepanjang tahun
tersebut.
c) Orang india
Hari Deepavali merupakan perayaan yang
disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali
merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali”
yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam
kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November).
Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta
cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.
Ø Pada petang sebelum
perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan
pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula
diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang
dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat
juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan
pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam
kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut
sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.
Ø Pada pagi perayaan, seluruh
ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan
membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan
ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau
nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di
Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat
dengki.
Ø Selepas mandi, pakaian yang
dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan oren. Mereka
dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih
bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua
ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil
bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli
keluarga yang telah meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment