Wednesday 24 August 2016

Pendahuluan

Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman terdahulu berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pentingnya pantang larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah “biar mati anak, jangan mati adat.”

Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk kebaikan kaum itu sendiri seperti pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga semasa mengandung.Sebenarnya pantang larang yang diturunkan oleh nenek moyang mementingkan penjagaan kesihatan diri agar seseorang sentiasa sihat dan cergas.

Walaupun kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India mempunyai pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga mengandung tetapi pantang larang yang diamalkan oleh kaum-kaum adalah berbeza.Inilah menunjukkan Malaysia terdiri daripada kaum majmuk.














1 comment:

  1. Casinos Near Fort Worth, TX | MapyRO
    Find the closest 세종특별자치 출장샵 Casinos to Fort Worth, TX. 부천 출장안마 The most popular casino is located in Fort Worth, TX, 경기도 출장샵 with 1040 상주 출장마사지 slot machines and 5,000 slot machines. 대구광역 출장안마

    ReplyDelete